Wednesday, January 25, 2012

Kelebihan Berwuduk #1

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

251. Dari Abdullah Sunabihiy R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila seorang mukmin berwuduk yang disertai bermumur-kumur makan akan keluar dosa-dosanya dari mulutnya. Apabila dia membasuh hidungnya maka semua dosa-dosa yang disebabkan hidungnya akan dihapuskan dan apabila dia membasuh wajahnya makan akan keluar dosa-dosa wajahnya sehingga dibawah kelopak matanya. Dan apabila dia membasuh tangannya maka akan keluar dosa-dosa dari tangannya sehingga ke bawah kuku jarinya. Apabila dia menyapu rambutnya sehingga ketelinganya dan apabila dia membasuh kedua belah kakinya, maka akan gugur dosa-dosanya sehingga ke bawah kuku jari kakinya. Kemudian dia berjalan kaki ke masjid dan bersembahyang sunat, makan bertambahlah fadhilatnya.

Dalam satu riwayat yang panjang dari Umar ibn Abasah As Sulamiy R.A. meriwayatkan bahawa; Barangsiapa ynag berwuduk kemudian berjalan kaki ke masjid dan mendirikan sembahyang sunat kemudian memuji Allah S.W.T., Dialah Zat yang selayaknya di sembah, dengan segala kebesaran yang hatinya tertumpu kepada Kebesaran-Nya. Orang yang seumpama ini, selepas dia bersembahyang akan disucikan segala dosa-dosanya sebagaimana hari yang baru dilahirkan oleh ibunya. (H.R. Muslim)

Keterangan: Mengenai hadith yang pertama, para ulama memberikan ulasanya bahawa; Melaluinya wuduk semua dosa-dosanya yang disebabkan oleh anggotanya akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan melalui sembahyang pula semua dosa-dosa batin akan diampunkan oleh Allah S.W.T.

* * * * *

253. Dari ibn Umar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa berwuduk walaupun dia masih suci (memperbaharui wuduk), nescaya dia akan mendapat sepuluh kebaikan. (H.R. Abu Daud)

Keterangan: Para ulama menuliskan bahawa memperbaharui wuduk ialah dengan syarat selepas melakukan wuduk yang pertama seseorang itu melakukan ibdat dari wuduk tersebut.

Monday, January 23, 2012

#07

Assalamualaikum dan Hai

Fuh fuh fuh, berhabuk belog ni. Lama betul tk update en kawan? Aku straight to the point je. Cuti dah mula. Cuti sekolah. Tapi asalnya cuti Tahun Baru Cina tapi dia extended time sikit. So boleh lah enjoy. Ops, tahun ni dah tkda perkataan 'enjoy' dah zack. Kau budak SPM 2012! Kfain, memang tahun ni tough year utk aku. Adik aku PMR, aku SPM, akak aku FINAL SEM. Cantik! 

Tadi punya cerita, aku telah menghadiri Kursus Smart Study di Excel Training & Country Resort, Broga Hill, Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam (21 Jan-23 Jan). Agak best jugak. Pelbagai aktiviti dijalankan. LDK, sesi itu sesi ini, menangis, melalak, alah semua benda tulah bila korang datang camp-2 camgini. Macam-2 input dapat bhai. Seramai 6 orang budak Sejaya datang. Kebetulan :) HAHA. Aku, adik aku, Pidot, Paan, Sopet dgn Fauzan. Tksangka meh. Dum dam, ting tong, hulu hilir, akhirnya habis macam biasa.

Lastly, apa yang aku dapat. STOP THINKIG ABOUT WOMAN. Thanks Ustaz Ebit Lew :)

My life kekadang bosan, kekadang happy, kekadang sedih. Itulah rutin harian aku. Kthanks. SALAM :)