Saturday, May 28, 2011

Examma

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, ahirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah berakhir dengan lancar dan selamat. Semua pelajar Tingkatan 4 tamat peperiksaan pada hari Isnin yang lepas bagi Kursus Kejuruteraan dan bagi kursus Sains Pertanian dan Perdagangan pada hari Selasa. Tetapi bagi Pelajar Tingkatan 5, mereka tamat pada hari Khamis yang lepas. Mereka pun dah merdeka jugak. MERDEKA! Hahaa. Tapi ingat abang-abang semua. Ada lagi perjuangan yang anda belum habiskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Itulah perjuangan yang sebenar bagi abang-abang semua yee.

Nak cerita sikitlahh pasal peperiksaan Teknik Melaka ni. Peperiksaan kami ni bermula selama 2 minggu 2 hari. Lamakan? Hahaa. Standard Arai lah tu. Hm, memang susah lahh peperiksaan ni. Biasalah tu bagi semua pelajar sekolah. Asalkan ada peperiksaan mesti ada yang lulus, gagal, cemerlang dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku lahh, sudah menjadi lumrah hidupkan? Semua umat manusia yang melalui zaman sekolah akan menjalani peperiksaan ini bagi menguji IQ mereka yang telah mereka latih. Tapi cubalah kawan-kawan fikirkan, kita belajar selama 6 bulan, setahun, 2 tahun, 3 tahun dan anda akan mencurahkan ilmu yang anda belajar pada kertas yang tidak seberapa selama 2, 3 jam je. Fuyooo! Tak berbaloikan?! Err. Tak achi lah begini.

Tapi Rasulullah pun ada berkata bahawa ilmu itu adalah satu ibadah yang kita perlu lakukan. Ilmu ni ada 2 iaitu Ilmu Akhirat dan Ilmu Dunia. Kedua-dua ilmu ini kita wajib pelajarinya. Adalah satu kewajipan bagi seseorang. Dan kalau kita belajar dengan lagi banyak, maka banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu yee. Kalau kamu semua tak percaya, cubalah belajar ni. Whoaa! Mesti kamu semua terkejutkan? Bahawa banyak lagi yang kamu tak tahu lagi. Hahaa. Maaf ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh saya yee. Hee :D

Keputusan peperiksaan ini akan dikeluarkan selepas naik cuti sekolah ini. Tapi ada separuhnya aku dh dapat. Boleh dibanggkan lahh. Hahaa. Bajet jee. Ni haa aku punya keputusan sikit jelahh:

Bahasa Melayu : **
English : **
Sejarah : **
Agama Islam : **
Matematik Moden : **
Matematik Tambahan : 40 %
Fizik : 49 %
Kimia : 41 %
P.K. Mekanikal : **
Lukisan Kejuruteraan : 95 %

Hm, terukkan? Hahaa. Alhamdulillah. Ini pun aku bangga aw. Semuanya markah aku naik kecuali kimia. Mate Tam dari 22 % ke 40 %. Fizik dari 42 % ke 49 %. Lukisan Kejuruteraan dari 82 % ke 95 % dan yang teruknya Kimia dari 70 % turun dengan mendadak 41 %. Bangang sungguh. Hahaa :D Buat lekk sudah en?

Sekian,
Wasalam

No comments:

Post a Comment